Awesome Didie :)

My photo
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Nice name for me. Always single. Amazing 5 of March. Novels lover ;)

Saturday, August 21, 2010

Solat vs Tidur!

Kalau nak dibandingkan tidur memang syok dan senang nak dibuat hanya pejamkan mata, kosongkan fikiran dan terus tidur. Tapi kalau nak solat banyak benda kena siap dengan wuduknya, pakaian yang menutup auratnya dan telekung bagi yang perempuan.Tetapi ingatlah bahawa setiap manusia wajib dekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mengingatiNya di dalam hati serta fikiran kita agar kita diberi perlindungan dan keberkatan daripadaNya. Ketika tidur, manusia ini sebenarnya mati tetapi mati dalam keadaan yang sementara atau dalam keadaan yang tidak menyedarkan diri. Memang tidur itu namanya berehat dan diharuskan tetapi lebih afdal pada waktu malam atau sebelum masuknya waktu Zuhur tetapi bukan daripada Subuh tidurnya. Tetapi sewaktu solat juga adalah waktu untuk umat manusia berehat sebentar setelah penat seharian bekerja dalam keadaan bersih, suci dan ingat akan Allah berbanding dengan tidur yang lupa akan segala apa yang berlaku dan hilang ingatan sementara. Jadi, lakukanlah solat dan jangan tinggalkan yang wajib serta tambahlah pahala solat kita dengan solat-solat sunat dan gantilah solat yang telah kita tinggalkan agar tidak dimurkai oleh Allah.
InsyaAllah...

=) Ini adalah sedikit suratan hati daripada saya tentang SOLAT vs TIDUR!!! InsyaAllah, saya akan 'alert' tentang solat dan solat dipenuhkan bagi diri saya... Amin!!!

=> NUR HIDAYAH BT MADZLAN

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Al-Mubarak!

-Selamat Berpuasa di Bulan Ramadham Al-Mubarak yang mulia ini.
-Semoga berada dalam keadaaan sihat wal afiat & sentiasa di lindungi Ilahi.
-Sentiasalah melakukan perkara-perkara yang berfaedah dan mendapat pahala.  
-Dekatkanlah diri dengan solat-solat sunat & membaca Al-Quran sentiasa.
-InsyaAllah...=)