Awesome Didie :)

My photo
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Nice name for me. Always single. Amazing 5 of March. Novels lover ;)

Wednesday, November 23, 2011

Garden Cafe, Alamanda, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama kali menjejakkan kaki ke restoran Garden Cafe yang terletak betul-betul bersebelahan Power Bowl, Alamanda ini,
Ya Allah...
Teruja sangat bila datang sebab hiasan dalam restoran ini ibarat taman-taman syurga...
Cantik sangat dipenuhi bunga-bunga hiasan dan buaian...
Di tengah-tengah restoran ni terletaknya sebuah  piano beserta pemainnya mengikut 'shift' sebagai hiasan tambahan yang unik dan menarik...
Best sangat..
Terima kasih kepada Pak Lang dan Mak Lang kerana sudi belanja kami sekeluarga walaupun Abah tak dapat ikut...
Thank you so much...
InsyaAllah,
Bila Dayah di panjangkan umur oleh Allah SWT...
Dayah pula yang akan bawa Pak Lang sekeluarga dan keluarga Dayah belanja makan di tempat-tempat sebegini...
InsyaAllah...
:)

 'Kaunter bayaran di Garden Cafe'




'Salah satu meja makan yang terdpat di sudut restoran'




  'Buaian yang berada di luar pintu masuk restoran'




'Hiasan pondok burung besebelahan buaian'




'Hiasan bunga-bunga cantik sebagai penyeri restoran'




 'Yummy Chicken Chop'




 'Bright Chinese Tea'




  'Juicy Ice Lemon Tea'




Seronok sangat datang sini...
InsyaAllah, bila-bila masa saya boleh jenguk lagi...
Bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan peluang kepada hambaNya ini untuk merasai nikmat kehidupan berserta rezeki yang engkau kurniakan...
Alhamdulillah...

Thursday, June 2, 2011

Holiday At Langkawi Island...

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, Allah SWT masih memanjangkan umur hambaNya ini bagi meneruskan kehidupan di dunia ini sebagai seorang kafilah di muka bumi ini. Pada 'post' kali ini saya mahu menceritakan serba sedikit pengalaman ke Pulau Langkawi yang terletak di Kedah Darul Aman. Emm, Pulau Langkawi? Siapa tahu tempat ini macam mana? Semestinya semua orang tahu. Pulau ini bebas cukai sebab itu barangan di sini murah dan berpatutan kerana para perniaga tidak perlu membayar cukai-cukai yang biasanya perlu dibayar di mana-mana tempat untuk berniaga. Haa, di Langkawi ini barang yang paling terkenal di jual di sini ialah pingan mangkuk, perabut-perabut dan semestinya COKLAT!!! Cakap pasal coklat ni mesti ramai teruja. Siapa yang tak minat coklat yang berduyun-duyun dijual di merata-rata tempat di Pulau Lagenda Mahsuri ini...




Langkawi dikenali sebagai Permata Kedah. Kenapa? Tak tahulah. Saya pun tak berapa pasti. Nak tahu tanyalah orang yang berasal dari Pulau Permata ini. Kami bertolak dari Putrajaya pada pukul 10 malam dengan menaiki bas 'Double Decker' yang ditempah khas oleh pejabat Daddy dan singgah sebentar di sebuah masjid bagi menunaikan solat Subuh kemudian meneruskan perjalanan hingga ke jeti di Kuala Perlis untuk menaiki feri... 




Inilah ferinya. Cantikkan? Hehehe... Biasa-biasa saja. Sewaktu dalam feri ni kami menonton sebuah filem Kung Fu Cina (tak pasti tajuknya) yang agak best tapi tidak sampai habis sebab feri dah sampai 'Jetty Point' dulu. Ada juga orang yang tertidur dalam feri mungkin sebab kepenatan dalam bas dan ada juga yang ambil gambar melihat pulau-pulau yang dikelililngi laut ketika dalam perjalanan. Perjalanan dalam feri tak lah lama sangat lebih kurang 1 jam lebih.

Sesudah kami tiba di jeti tersebut, kami meneruskan aktiviti dengan bersarapan pagi di Warung Tok Mat. Makanan di sana biasa-biasa saja yang berupakan sarapan pagi. Nasi goreng, mi goreng, roti canai, roti bakar, buah-buahan,  jus oren dan jus mangga serba sedikit menu pada pagi itu. Saya memilih untuk bersarapan nasi goreng, roti bakar, sedikit buah-buahan dan jus oren...




Alhamdulillah, sesudah mengenyangkan perut aktiviti diteruskan lagi dengan melawat Pantai Pasir Hitam di mana pantainya berwarna hitam sepanjang 200 meter serta berdekatan dengan Siam yang mengambil masa 45 minit dari pantai tersebut. Selepas itu kami pergi ke Taman Agro atau dikenali sebagai MARDI. Tempat ni terkenal dengan pelbagai jenis tanaman buah-buahan dan bunga-bungaan contohnya seperti buah apricot, buah limau bali dan sebagainya. Dalam taman ini disediakan pengangkutan khas iaitu lori penumpang yang muatannya tidak melebihi 16 orang...




Selesai melawat MARDI barulah kami boleh 'Check In' di hotel yang telah menjadi pilihan iaitu Sheraton Resort. Sampai-sampai saja di hotel ni terus paluan kompang dibunyikan ibarat raja sehari masuk bersanding. Hehehe... Ketika masuk melalui pintu utama pekerja-pekerja hotel tersebut memberi kami sehelai kain basah untuk mengelap muka dan secawan jus limau yang teramat masam. Kain basah tu sejuk sangat ibarat kena rendam dalam air suhunya -0 darjah Celcius. Ingatkan kain tu boleh bawa balik rupa-rupanya kena pulangkan balik. Buat saspen je. Perjalanan hendak ke bilik hotel ni kena naik pengangkutan lori seperti yang berada di MARDI sebab jalannya berbukit-bukau. Kalau jalan kaki tu alamatnya hari raya ketiga nantilah baru sampai...




Selepas 'Check In' para pekerja Perbadanan Putrajaya perlu menghadiri seminar pada petang itu tetapi ahli-ahli keluarga mereka yang lain termasuk saya pergi membeli-belah di Idaman Suri di mana menjadi tempat kegilaan para ibu sekalian. Apa lagi Mummy pun belanja sakan lah. Tapi lagi sakan seorang ibu yang beranak seorang ni, isteri kepada kawan Daddy. Pinggan mangkuk dia beratnya lah. Ibunya belanja sakan, anaknya saya meng'offer'kan diri untuk mengendongnya. Yalah, kesian melihat ibunya mahu berbelanja sakan pinggan mangkuk dan coklat yang ada di situ. Sesudah berbelanja kami pulang ke hotel semula untuk makan malam di sana. Selesai sudah aktiviti pada hari pertama di Pulau Langkawi ini.

Pada hari kedua pula, selepas bersarapan pagi di hotel yang makanannya pelbagai jenis aneka makanan. 'Macam-macam ada'... Kami meneruskan perjalanan ke Sungai Kilim Geoforest Park dengan menaiki sebuah bot.




Tempat pertama yang dikunjungi dengan menaiki bot tesebut ialah Gua Kelawar. Di Gua Kelawar ni diduduki oleh beratus-ratus ekor kelawar yang tidur di siang hari dan berjaga di malam hari. Kelawar ini sensetif dengan bunyi 'Sshhh' sebab apabila mereka dengar bunyi itu secara automatiknya mereka akan lari terbang keluar kerana bunyi itu suatu petanda bahawa musuh mendekati mereka...



Bergayut-gayut...zzzzzzz


Selepas Gua Kelawar, kami dibawa pula ke pulau sebagai mercu tanda yang tertulis 'Kilim Geoforest  Park' dan diatas batu tersebut mempunyai bentuk seperti penyu ataupun kura-kura (tak berapa pasti). Berhampiran pulau tersebut terdapat lagi satu pulau yang bernama Pulau Kasut sebab pulau tu berbentuk seperti kasut. Adalah juga bentuk-bentuk kasut bertali. Tak tahu ada apa di Pulau Kasut tu...



Di atasnya berbentuk seperti penyu ataupun kura-kura


Selepas itu, pergi pula ke Gua Buaya. Di dalam gua tu terdapat seekor buaya yang sangat besar pada tahun-tahun sebelum ini dan pada tahun 2008 seorang pemburu telah berjaya menembak mati seekor buaya yang sangat besar. Lebih baik dia mati dulu, sebelum kita yang mati. Huh!!!...




Kemudian dibawa pula ke Pulau Helang. Emm, tak pasti lah nama pulau tu apa tapi itu tempat di mana helang-helang berkumpul untuk diberi makanan dan juga tempat tidur mereka. Cara-cara untuk panggil helang-helang tersebut adalah dengan membunyikan 'Broooottt' dengan menggunakan bot. Hehehe... tak tahu la sebab abang bot tu yang kata macam tu...



Helang-helang yang besar-besar


Okey, Lunch Time!!! Makan tengah hari kami pula terletak di kawasan tengah-tengah laut. Tak tahu nama restorannya apa. Tapi itulah satu-satunya restoran yang ada di situ. Kami di sajikan dengan pelbagai jenis makanan laut seperti sotong dan udang masak tepung, ikan masak masam masam manis dan banyak lagi. Sebelum makan, kami menjenguk pelbagai jenis ikan yang terdapat di sebelah restoran itu. Macam-macam ikan ada contohnya ikan pari yang besar dan sangat comel mulutnya, ikan haruan yang teramat besar, ikan 'Nyoknyok' iaitu ikan yang pemalas sebab ikan ni kalau diberi makan barulah nak buka mulut tapi kalau tak diberi tak terngangalah mulutnya...

Alhamdulillah, kenyang lagi sekali perut ini. Selepas itu, kami melawat pula ke Art Gallery Tun Dr Mahathir yang menempatkan pelbagai koleksi hak milik Tun Dr Mahathir dan isteri beliau Dr Siti Hasmah. Pelbagai jenis peragaan di peragakan di dalam galeri tersebut. Pakaian, tembikar, plak, potret, kereta-kereta lama dan sebagainya diperagakan...



Art Gallery Of Tun Dr Mahathir Mohamad

Selesai sudah melawat galeri, kami kembali ke dalam bas untuk meneruskan perjalan iaitu ke Makam Mahsuri pula selepas ini. Dengan melawat tempat ini saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang Mahsuri yang dikenali sebagai seorang gadis yang begitu cantik di pulau ini dulu tetapi sayang dia telah dikhianati dan dijatuhi hukuman bunuh lalu mengalirlah darah putih daripada tubuhnya...

Lagenda Mahsuri

Selepas itu pula, kami meneruskan 'journey' kami yang terakhir pada hari kedua di sini dengan melawat Underwater World. Best sangat di sini. Macam-macam jenis binatang ada. Ada penguin, ular, ikan yu, ikan pari, ubur-ubur, udang galah, belut dan banyak lagi. Semua comel-comel. Indahnya ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...


Pejam celik pejam celik dah hari terakhir di Langkawi. Last day di sini kami pergi melawat ke mana yek... Emm, sebentar-sebentar... Sedang berfikir... Okey, dapat dah. Hari terakhir ni kami pergi ke Jalan Dayang Bunting untuk membeli-belah barang-barang terutamanya coklat. Kami tidak ke bandar Kuah sebab kesuntukan masa untuk mengejar feri pada jam 2 petang nanti. Jadi ke sini pun sudah cukup.

Selepas membeli belah, kami meneruskan aktiviti kami yang terakhir iaitu makan tengah hari di Restoran Thai. Tak tahulah nama restorannya apa tapi makanannya memang spesis makanan orang Thai. Semua ada. Ayam, ikan, udang, sotong dan semestinya tom yam hidangan utama.

Alhamdulillah, selesai makan tengah hari maka secara autometiknya tamatlah ekspidisi kami di Pulau Langkawi Permata Kedah ini. Trip kali ini kali ketiga saya dan keluarga pergi. Tapi trip kali kedua dan ketiga inilah yang terbaik diantara yang terbaik.

Subhanallah... Alhamdulillah... Lailahaillallah... Allahuakbar...
Indah sungguh ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Kita sebagai hambaNya perlu bersyukur di atas kenikmatan yang diberikan. Bukan semua orang dapat merasakan kenikmatan ini. Alhamdulillah lagi sekali, syukur terhadapNya.

Akhir kata, setakat ini saja daripada saya untuk 'post' kali ini. Saya memohon maaf kepada kalian yang membaca 'post' ini sekiranya ada terkasar bahasa serta ayat yang menyakitkan hati. Yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya sendiri. Sekiranaya ada waktu yang senggang, insyaAllah saya menaip lagi.
Sekian,
Wabillahi taufiq wal hidayah...
Wassalamualaikum...
:)

Salam sayang daripada,
Allah's Light Guidance...

Tuesday, May 31, 2011

Wuduk Yang Sempurna!!

Alhamdulillah...Allah masih memanjangkan umur hambaNya ini untuk memeriahkan lagi blog kepunyaan Cahaya PetunjukNya ini. Kini saya kembali pula dengan sebuah 'post' yang bertajuk Cara-cara Berwuduk dengan Khusyuk. Sehingga kini masih terlalu ramai diantara kita mengambil wuduk dengan cara yang salah, tidak mengikut tertib, tergopoh-gapah serta bermacam lagi. Tahukah anda bahawa mengambil wuduk dengan sempurna ini boleh menjadikan kita semakin dekat dengan Tuhan Yang Maha Esa malah makin bertambah pula pahala kita. Cara-cara mengabil wuduk dengan khusyuk ini tidaklah susah malah hanya 'senang seperti kacang' bak kata orang-orang. Mari saya tunjukkan cara-cara mengambil wuduk dengan sempurna...

Mula-mula sekali dalam wuduk, semestinya semua orang Islam tahu bahawa yang pertama ialah membasuh tangan hingga ke pergelangan tangan seperti berikut...



Ketika sedang membasuh tangan ini sebanyak tiga kali, anda boleh memohon kepada Allah dengan berdoa,
'Ya Allah, berkatilah hambaMu ini'...

Selesai sudah membasuh tangan, kemudian diteruskan pula dengan berkumur-kumur sebanyak tiga kali...



Ketika kumuran pertama, anda bolehlah berdoa kepada Allah dengan memohon
'Ya Allah, permudahkanlah aku untuk berzikir'
Pada kumuran yang kedua,
'Ya Allah, permudahkanlah untuk aku membaca Al-Quran'
Dan pada kumuran ketiga,
'Ya Allah, permudahkanlah aku untuk mengucap sebelum aku meninggal dunia'...

Seterusnya, selepas berkumur ialah masukkan air ke dalam hidung sebanyak tiga kali,


Ketika masukkan air ke dalam hidung anda boleh memohon kepada Allah,
'Ya Allah, berikanlah aku bauan syurga'
Dan ketika mengeluarkan air daripada hidung berdoalah,
'Ya Allah, hindarilah aku daripada bauan api neraka'...

Selesai membasuh hidung, diteruskan pula dengan membasuh muka. Anda semua disedia maklum bahawa ketika membasuh muka perlu disertaikan dengan niat pada basuhan muka yang pertama.
 Cara berniat ialah ketika menadah tangan dikehendaki membaca lafaznya dan ketika membasuh muka hendaklah berniat di dalam hati tanpa bersuara.


Pada basuhan kedua atau ketiga, anda bolehlah memohon kepada Allah
'Ya Allah, kau berikanlah cahaya kepada wajahku pada akhirat kelak'...

Selepas membasuh muka, diteruskan pula dengan membasuh kedua belah tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali. Dimulakan dengan membasuh tangan kanan kemudian barulah tangan kiri.


Ketika membasuh tangan sebelah kanan, berdoalah kepada Allah,
'Ya Allah, kau berikanlah buku catatan amalku di tangan sebelah kanan ini'
Ketika membasuh tangan kiri,
'Ya Allah, kau hindarilah aku daripada menerima buku catatan amalku di tangan sebelah kiri ini'...

Kemudian diteruskan dengan membasuh sebahagian depan kepala sebanyak tiga kali juga.


Pada basuhan pertama memohon kepada Allah,
'Ya Allah, kau berikanlah aku perlindungan naungan ArashyMu'
Basuhan kedua,
'Ya Allah, jauhikanlah aku daripada sentuhan api neraka'
Dan basuhan ketiga,
'Ya Allah, berkatilah hidupku'...

Kemudian disusuli dengan membasuh kedua belah cuping telinga sebanyak tiga kali juga.
Membasuh telinga mestilah selari dengan membasuh telinga kanan dan kiri.


Pada basuhan pertama mohonlah kepada Allah,
'Ya Allah, berikanlah aku pendengaran yang baik'
Pada basuhan kedua,
'Ya Allah, perdengarkanlah aku benda yang baik'
Pada basuhan ketiga,
'Mudah-mudahan aku mengikuti perkara-perkara baik yang telah aku dengari'

Seterusnya, membasuh leher. Pasti ramai tertanya-tanya 'adakah membasuh leher dalam wuduk?'
Jawapannya ada tetapi sunat sahaja dalam wuduk tidak wajib. Leher juga dibasuh tiga kali.


Ketika membasuh leher, boleh berdoa kepada Allah,
'Ya Allah, hindarilah diriku daripada memakai rantai besi yang datangnya daripada nerakaMu'

Akhir sekali, basuh kedua-dua belah kaki kanan dan kiri sebanyak tiga kali.
Membasuh kaki hendaklah diratakan air dicelah-celah jari sehingga ke buku lali.


Ketika membasuh kaki kanan, berdoalah kepada Allah,
'Ya Allah, izinkanlah hambaMu ini untuk melintasi titian siratMu dengan sepantas-pantasnya'
Ketika membasuh kaki kiri, mohonlah,
'Ya Allah, hindarilah aku daripada jatuh ke dalam lubuk api nerakaMu'...

Setelah selesai mengambil wuduk, maka secara automatiknya terjadinya Tertib.
Lebih afdalnya selepas mengambil wuduk bacalah doa selepas berwuduk,


Alhamdulillah, selesai sudah wuduk kita dengan sempurnanya. Moga-moga dengan wuduk kita yang sempurna ini solat kita juga boleh menjadi sempurna melalui keberkatan wuduk kita yang khusyuk.
InsyaAllah, mudah-mudahan anda semua boleh mengamalkan wuduk yang khusyuk setiap kali mahu mengambil wuduk. 
InsyaAllah...
Akhir kalam dari saya...


Sekian,
Wabillah wataufiq walhidayah,
Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...
=)



Wednesday, March 16, 2011

A life at KLIS!

Kehidupan di tempat yang lain bukanlah asing bagi semua orang kerana masing-masing akan berpindah dari satu tempat yang lain ke tempat yang lain kerana kita sebagai khalifah di bumi ini digalakkan merantau ke seluruh bumi ciptaan Allah Maha Esa. Begitu juga dengan diriku yang kini menuntut di sebuah sekolah bernama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Islamic School. Pada mulanya aku tertanya-tanya, SMKAKL? Sekolah apa tu? Sebab nama SMKAKL ini bukanlah familiar bagi aku yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur. Cuba tanya orang yang duduk luar kawasan KL, kenal tak sekolah yang nama dia SMAKL (nama yang terdahulunya)? Confirm, ramai yang tak kenal. Kita kena cakap nama penuh dia baru dia orang semua dapat tahu bahawa wujudnya sekolah yang bernama SMKAKL. Hidup di SMKAKL ini, tidaklah susah tetapi kita kena tanya hati kita, tepuk dada tanya selera. Aku ni datang ke SMKAKL untuk apa? Apa lagi kalau bukan untuk menuntut ilmu. Bukan sahaja ilmu duniawi malah dunia akhirat juga ada. Kita sebagai hambaNya perlu seimbangkan ilmu kita dengan ilmu duniawi dan ukhrawi agar hidup diberkati oleh Allah Maha Esa. InsyaAllah... Aku menulis cerita ini kerana inilah yang aku alami sewaktu berada di SMKAKL...


Emm...
Di SMKAKL terdapat sebuah batch 23rd generation yang terdiri daripada 75 orang pelajar puterinya,
Pelajar puteranya...
Emm, entahlah...
Mereka ini kalau bab-bab bergambar nombor satu...
Especially kalau masa PJ, apalagi Explorace lah...
Masa-masa itulah nak 'Have fun together-together' selain daripada Malam Lipur Puteri...
Emm...
Hahaha, kenangan sungguh... :)


Aduhai...
Comel-comel dia orang ni..
Hehehe...
Tak perasan tau..
Serius ni...
Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa memberikan kelebihan yang pelbagai kepada hambaNya...
Alhamdulillah...



Hehehe...
Cun-cun belaka...
Kami ni ibarat sebuah keluarga yang sentiasa bersatu walau dalam apa keadaan sekali pun...
Walaupun bukan semua tetapi segelintir daripada mereka...
Kerana kami baru dua tahun berkenalan...
Sebab itu tidak berapa-berapa lagi...
InsyaAllah, dengan membesarnya kami di SMKAKL ini selama lima tahun...
InsyaAllah, kami akan bersatu kesemuanya...
InsyaAllah... :)
Untuk pengetahuan kau orang semua, aku sayang sangat kau orang tau...
Kalau kau orang tak ada, aku rasa ukhwah antara kita tak akan terjalin...
Alhamdulillah, kita telah dipertemukan oleh Dia Yang Satu...


Tadi bab kawan-kawan...
Ini bab kakak-kakak dorm pula...
Kakak-kakak dorm Gemilang...
Dormku yang tersayang...




Kalau dia orang ni...
Lagilah sayang...
Tak payah cakap sayang macam mana...
Memang sayang sangat-sangat...
Dia orang ni...
Sentiasa ada walau dalam keadaan senang mahupun susah sekali pun...
Love very much...
Gambar ni masa tahun lepas 2010...
Rindu sangat dekat kakak-kakak Form 5 tahun lepas...
Kak Sobah, Kak Syafiqah dan Kak Aiman...
Alhamdulillah, Allah masih satukan kami dalam tahun ini...
Kami berkekalan di dorm Gemilang tercinta ini...
Ahli-ahli dorm Gemilang 2011 ialah...
Kak Aliah Hani, Kak Aida Syakirah, Kak Atiq, Kak Nadia, Kak Yana, Kak Yuhanis, Kak Fathin,
Kak Faiqah, Kak Najihah, Kak Ain, Kak Amalina, Hajar, Julaiha, Me (Hidayah) dan Aqilah...
Anyway, kita orang ada ahli baru...
Adik-adik dorm...
Aisyah, Anis dan Nazira...
Aisyah dah pindah ke Sekolah Menengah Sains Selangor...
Dia kata dia tak nak pindah tapi...
Anak-anak kenalah akur dengan keputusan ibu bapa...
Kerana pilihan mereka itu ada kebaikannya untuk kita walaupun kita sendiri yang tidak setuju...
Bawa-bawa bersabarlah ya...
Walaupun kami ini berlainan usia kami memang rapat...
Tidak kira usia kita orang...
Tetapi yang junior hormat yang senior...
Senior sayang yang junior...
Sama usia hormat & sayang sesama sendiri...
InsyaAllah...
:)


Bab dalam kelas pula...
Hehehe...
Memang ku akur, banyak gila kenang-kenangan waktu dalam kelas...
Especially, kelas 1 Abu Bakar...
Kelas tahun lepas...
Memang sangat best...
Rindulah kenangan bersama dia orang...
Guru kelasnya ialah Miss Rabiah...
The best teacher in the best...
Hehehe...
Dia bagaikan seorang ibu di dalam kelas kami...
Dia sangat sporting dan pandai bergurau dengan anak muridnya...
I Love You Teacher...
I Miss You Very Much...
Bila lagilah boleh peluk teacher...
I miss that moment...
Hehehe...
InsyaAllah, kalau kita berjumpa kita boleh peluk-peluk lagi...
Macam mak dengan anak...
Huhuhu...
Ini dia gambar kita orang waktu candid...
Memang sporting semuanya...
Rindu dia orang semua...


I'm really-really miss them very much...
Rindulah masa gurau sama-sama, gelak sama-sama, menangis sama-sama, tidur sama-sama...
Hehehe, bab tidur tu paling best tu,
Sunyi gila kelas...
Dengar bunyi kipas je...
Hehehe...
InsyaAllah, ukhwah ini berkekalan walaupun kini sudah berlainan kelas tahun ini kesemuanya...
:)


Emm...
Inilah rumah kita orang masa waktu siang...
Waktu malam dekat asrama lah...


Cantik tak?
Emm, tak dapat tengok keseluruhan ya...
Tak apa lah, ni gambar daripada court hijau...
Budak putera punya kerja...
Tak tahu lah bila dia orang snapped gambar ni...
Tak apa...
Don't worry...
Anyway, KLIS is the best school that I met before this...
I Love This House...
=)))

Emm...
Alhamdulillah...
Setakat ini saja cerita yang dapat dikongsi...
InsyaAllah...
Ada lagi episod seterusnya tentang kehidupan di SMKAKL ini...
Love SMKAKL Just For Him...
May Allah Bless...
Amin...
Jaga Diri, Jaga Iman, Jadikan Allah sebagai Teman...
Uhibbukafillah...
Saya sayang kamu kerana Allah...
=)))


By Me...
Nur Hidayah Madzlan...