Awesome Didie :)

My photo
Putrajaya, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Nice name for me. Always single. Amazing 5 of March. Novels lover ;)

Friday, August 2, 2013

Getting Home :)

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahhuakbar...
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah, bersyukur ke atas segala rahmatMu Ya Tuhanku...
Terima kasih Ya Allah...

Yeaaa, apa khabar semua???
Iman anda bagaimana??
InsyaAllah, bi yajid...
Macam mana perjalanan 10 Ramadan terakhir untuk tahun nie??
InsyaAllah, semuanya berjalan dengan baik atas limpah rahmatNya...
Tup tap tup tap,
Pejam celik pejam celik,
Dah nak masuk bulan Syawal dah...
MasyaAllah...
Cepatnyalah bulan mulia ini berlalu ingin pergi meninggalkan kita...
Allahhu Robbi...
Agaknya macam mana Ramadan kita untuk kali nie ye??
Ya Allah, takut seandainya hambaMu ini tidak mendapat kebaikan dan keberkatan di bulan ini...
Ampuni daku serta jauhilah aku daripada api nerakaMu...
Begitu juga buat kedua ibu bapaku, ahli keluargaku serta seluruh umat Islam sedunia..
Amin!!!

Emm, bulan Ramadan...
Seperti yang kita tahu ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

"Awal 10 Ramadan ialah bulan kerahmatan daripada Allah"

Di mana kita ini umat Islam digalakkan untuk melakukan amal ibadat hanya untuk medapat keredhaanNya semata-mata tanpa mengharapkan balasan syurga meskipun neraka...

"Pertengahan 10 Ramadan pula ialah bulan memohon keampunan"

Kita perlu memperbanyakkan memohon keampunan kepada Allah supaya tempoh ini tidak disia-siakan serta tidak termasuk di kalangan orang yang rugi..

"Akhir 10 Ramadan ialah bulan diminta agar dijauhi daripada api neraka Allah"

Mohonlah kepada Allah dengan sebaik-baiknya kepadaNya agar dihindarkan daripada azab yang amat berat itu serta berusahalah untuk lebih menambahkan ibadah soleh kita agar terpilih olehNya untuk merasai malam 'Lailatul Qadar' di mana malam ini adalah lebih baik berbanding dengan 1000 malam...

Ramadan Kareem...
Allahhu Akram...
MasyaAllah, hebat sungguh peluang yang Allah berikan kepada umat yang terbaik ini pada bulan yang penuh barakah dikenali juga sebagai bulan Al-Quran diamana turunnya wahyu Allah kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Al-Quran pada 17 Ramadan 1400 tahun yang lalu...

Alangkah ruginya kalau kita lepaskan peluang nie macam tu je..
Kita pun mestilah nak jadi hambaNya yang baik serta diberkati olehNya..
Jadi sama-samalah kita berusaha untuk mencapai redha Allah pada 6 Ramadan yang terakhir ini...
InsyaAllah...

Barakallahu fiq kum...
May Allah Bless...
Semoga diberkati olehNya...

Sama-samalh kita berdoa agar kita dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadan yang akan datang bagi merasai nikmatnya bulan mulia ini...
InsyaAllah... Amin :)

p/s: Takutnyalah sekiranya nyawa kita ini dicabut Allah pada waktu-waktu terdekat ini serta tidak mengizinkan kita bertemu Ramadan akan datang lagi...
Semoga Allah memanjangkan umur kita serta dilimpahi rezeki yang meruah untuk kebaikan kita...
Amin...

Last but not least...


-Learning Petticoat-



No comments:

Post a Comment